Apo Kono Eh Jang.!!

Saturday, March 20, 2010

Lupa


Manusia lupa bila kemewahan
Membelai
Tatkala bencana melanda
Memusnahkan segala milik mereka

Lantas sekalung doa kau panjatkan
Ketika saat itu amalan bagaikan
Tiada esoknya lagi
Yang Maha Rahman pemilik segalanya
Dengan sekelumit duli lafaz ‘kun’
Mengubah segala derita luka
Dan waktu singgahsana emas
Menjadi peraduanmu
Lupa yang esa punca segala
Benarlah firman-Nya:

"dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan
Nescaya hinggalah siapa yg kamu seru kecuali Dia
Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu kedaratan
Kamu berpaling dan manusia adalah selalu
Tidak berterima kasih.."

Lautan minda: Rendang, Batu Pahat, Johor.

9 comments:

Wan Perlis said...

jgn kita lupa diri

Billet-DOux said...

Hasbi Allah hu wa niekmal wakiel. :)

Miss ... said...

bkn melayu je mudah lupa tp semua manusia...

Black: said...

wan perlis~sama22 lah ingat mengingati..

Black: said...

billet-doux~Allahu Akhbar..!!!

Black: said...

miss~sama22 le kita lupe.. ahak3x

fitri oh fitri said...

dan knp gamba badut tuh? haha






http://fitridzulkifli.blogspot.com

|arieza| said...

manusia, tika menangis dlm kesusahan, tikar sejadah itu baru diduduki.
tika gembira dalam keduniaan, pemilik dirinya pun dia lupa siapa..

nauzubillah... (semoga kita sama2 beringat.)

Penghuni 60 said...

kata azimatnya bagus sekali...
salam kenal

Sudoku