Apo Kono Eh Jang.!!

Thursday, September 30, 2010

Cukup lah Jangan Kau Ulangi... (part 2)

Aku rasa hujah aku cukup kuat untuk mematikan isu kahwin tu. Rozi cuma senyum sambil geleng kepala. "Okay lah Rozi... aku nak start buat kerja ni. Nanti tengah hari kita lunch tempat biasa ya!" sambungku sambil berlalu. Dalam hati tertanya22, siapalah reporter tak bertauliah yg menyampaikan berita terkini lagi sensasi tu. Rasa22 kalau dapat orangnya, nak jugak tenyeh cili api barang sebiji dua kat mulutnya.

Aku cuba mengembalikan mood kerja yg terganggu seketika tadi. Tengah aku sibuk buat kerja, tiba22 Kak Limah, tea lady kat pejabat aku tu datang terkedek22 sambil membawa sejambak mawar merah.

"Apa ni Kak Limah?" tanyaku kehairanan bila pompuan lewat 40-an itu menghulurkannya kepadaku.

"Apanya apa? Bunga la! Wah... senyap22 dah ada boyfriend rupanya," balas Kak Limah sambil mengangkat kening ala22 Ziana zain beberapa kali.

"Eh, mana ada! Mengarutlah kak Limah ni," aku memuncungkan mulut. Bila Kak Limah berlalu cepat22 aku mencapai kad kecil yg terselit di jambangan bunga tersebut.

Hai! Remember me? I nak jumpa you. - Hisyam

"Jantan gila! Dia ingat aku ni bodoh! Boleh blah!" bentak ku sendirian sambil campakkan jambangan mawar merah itu ke dalam bakul sampah. Tak ingin aku terima pemberian orang yg pernah menghancurkan hati aku. aku benci kat jantan tu selamanya!

Aku sangka 'gangguan' dpd Hisyam akan berakhir bila aku tak layan dia. Tapi rupanya jantan tu memang gila. Dia terus menghubungi aku. Hal ini memaksa aku mengambil cuti seminggu. Aku tak tahan dengan perangai Hisyam yg memaksa aku menerimanya kembali. Katanya, Serina sudah diceraikan kerana pompuan itu curang.

Peduli apa aku! Memang padan dengan muka dia! Sekarang tau pulak mengata Serina curang, sedangkan kecurangannya terhadap aku dulu langsung tak ingat! Memang jantan hampeh!

Aku tak perlukan lagi jantan macam Hisyam. Kalau dengan dia, lebih baik aku membujang seumur hidup. Aku rasa cukup bahgia dengan hidup aku sekarang. Tapi yg akubetul22 hairan dan pelik, emak dan ayah di kampung macam suka pulak bila Hisyam nak berbaik dengan aku semula.

"Apasal mak ni? Dulu mak sendiri kata tak nak tengok muka jantan tu lagi," aku memang tak puas hati dengan pendirian mak.

"Mak bukannya apa Nisha... kau tu dah nak masuk 30. Lebih baik kahwin cepat22," balas emak sebaik saja aku melabuhkan punggung di atas sofa di depannya.

"Jadi mak suka la kalau saya terima Hisyam balik?" soalku lagi. Mak diam. Mengangguk tak, menggeleng pun tak. Tapi dari riak muka emak macam dia nak aku terima balik jantan tu.

"No mak! Saya tetap dengan keputusan saya. apa pun yg berlaku biarlah saya tanggung sendiri. Saya tak boleh terima Hisyam biar apa pun alasannya," balasku tegas.

aku terus keluar dan memecut laju kereta. Aku tak pasti ke mana hala yg harus aku tuju waktu itu. Yg aku tahu cuma nak lari jauh daripada Hisyam dan keluarga buat sementara. Aku tak faham apa yg merasuk fikiran emak dan ayah sehingga sanggup menerima kembali Hisyam ke pangkuan aku. Aki bukannya terdesak sangat nak berlaki.

Sehinggalah......

"Nisha, kau kat mana? Puas semua orang cari kau. Kalau ye pun bagitau la aku," suara Rozi kedengaran cemas di talian.

"Aku saja nak bawak diri buat sementara. Aku rasa semua orang dah buat keputusan silap terhadap aku," balasku perlahan.

"Kau tau cerita terbaru pasal Hisyam?" soal Rozi.

"Please lah Rozi, aku dah tak nak dengar apa22 lagi pasal dia. Dia tak ada kena mengena dengan aku!"

"Nanti dulu Nisha... kau kena dengar dulu. Sebenarnya Hisyam terlibat dalam kemalangan semalam dan keadaannya tenat. Dan satu lagi, kalau kau nak tau, perempuan yg kena tangkap khalwat dengan dia dulu tu... adik aku. Aku baru tau tahun lepas. Aku sendiri pun tak percaya sebenarnya. Masa tu, aku belum kenal kau lagi..." 
"Adik aku tu dah balik ke Kanada. Dia orang bercerai sebulan selepas 'kahwin free' tu. Dah la Nisha, maafkan ajelah..." 

Aku terkedu. Macam tak percaya dengan apa yg Rozi cakapkan. Hand-phone terlepas dari genggaman. Aku tak tau jenis dugaan apakah yg aku alami ini. dalam air mata yg semakin laju membasahi pipi, aku benar22 keliru. Aku rasakan semua orang menipu aku....

7 comments:

cintatehO said...

wah leh buat novel ni..

Black: said...

cintatehO~tgh belajor skit22

amira zakiah said...

takpe....nanti lama2 pandai laa tue.gud luck yea!

RerameUngu said...

bro!!!!
wow! superb...!!!!!
bagus la jln cerita nya...buat la lagi..ni ada sambungan lagi ke tak???

ctpayong said...

berkuntum2 mawar merah di atas meja...bak mai sekuntum hoho

Black: said...

rama2ungu~kena sabor ye.. takleh22.. ada assingment keje plak,

Black: said...

ctpayong~aik nak sekuntum je.. yg berkuntum22 tu sape nak.??

Sudoku