Apo Kono Eh Jang.!!

Tuesday, September 21, 2010

Memori itu

Tujuh purnama aku tidak pernah bersuara
mahupun mengutus rindu buatmu, sahabat
bukan aku telah memadam
atau melontar ke pulau
indah memori itu...
tapi hati ini terlalu gundah
kerana kemelut hidup meranjau luka.

Aku ingin sekali bersamamu, sahabat
seperti dulu, kita akrab
senda guraumu
mengukir senyum ku
kita bersama di situ
meneroka jalan memburu impian..

Mutiara ini pernah gugur sekali
dan kaulah yang mengutipnya kembali
tingkahmu bagai mereda ombak emosiku
sedang aku merenungmu dalam keharuan
kala itu malam pekat
dan sahabat...
hanya Dia mengerti apa yang tersirat..

Aku tidak bisa berpaling lagi kini
kerana kedewasaan makin mencabar
ingin sekali ku rasakan kembali
nostalgia itu..
melakon kembali kenangan indah
tapi aku seperti mega merah beradu
menghilang perlahan di tirai malam..

Yang pasti..
mega merah takkan hilang bersama malam
namun sekadar baradu menanti siang....

>Aryani Hadi<

1 comment:

ape2 jer said...

kurang2 kau masih ada memori tu kire ok la tu hhehehe

Sudoku