Apo Kono Eh Jang.!!

Tuesday, September 21, 2010

Kata-Kata Puitis Untuk Si Dia

Kata-kata amat penting dlm mengeratkan lagi kasih sayang. dengan kata-kata yg puitis cinta akan semakin bersemarak dan menyala-nyala bagai kebakaran hutan di musim kemarau ko... ni ada beberapa kata-kata puitis kalau korang rasa nak coba kat mambang korang.. mana le tau berkesan ke.. slamat mencoba!!

  • Andai kau setia, aku berjanji akan membahagiakan kau.. Kita akan berbahagia sehingga ke akhir hayat. Tidak ada pasangan lain yg sebahagia kita.. Percayalah.. kita akan berbulan madu di hospital bahagia!!
  • Demi mempertahankan cinta kita dpd mereka yg dengki dan iri.. aku sanggup menjadi seorang yg kejam.. Akan ku bawa kemana saja parang tajam sebagai persediaan..
  • Sejak ko mengunci ku dlm mahligai cinta.. semangat juangku semakin berkobar-kobar. Percayalah.. sejak kehadiranmu, keberanian ku utk memerangi najis dadah sekian lama menjajah jiwa ku ni semakin meluap-luap..
  • Sayangku.. cintaku seluas Selat Tebrau.. Akan ku pertahankan cinta kita walaupun aku akan diserang ikan todak.. Akan ku gali semula penambakan yg telah menyempitkan cinta kita..
  • Kekasih.. aku korbankan apa saja taruhan..Andai ada musuh durjana.. aku rela memusnahkannya dengan menjadi pengebom berani mati..
  • Akan kusalut seluruh tubuhmu dengan emas permata..Akan ku mandikan ko dengan wang ringgit.. Kekasih ku.. harap-harap nombor yg aku beli smmalam mengena!!!

8 comments:

Rama2Ungu said...

walauuuweeyhh...giler jiwang...amatttt lah puitisnya..ni jiwang ni ada taman dah ke dalam hati tu???? hehehehehee

cacing said...

uih... menitis air mata cacing baca,.... hahahahah

Syafiq Kadiran said...

aaaahhhhh....nak gugor jantong baca...haha

aku junsu said...

hahha~kata2 ini sungguh jiwang membuatku rasa ngantuk..haha..

Yuni Aisyah said...

fuh..!!ayat..sungguh2 la jiwang..hahaha

nice entry..=)

Black: said...

korang sume kt atas tu~ SEE THE LEG LAA.. BRO !! ingat org felda takde perasaan ke.. AHAK3X

Miss ... said...

ehem2 ;)

Hanis Azla said...

sgt berperasaan...he..he..

Sudoku