Apo Kono Eh Jang.!!

Monday, September 27, 2010

Cukup lah Jangan Kau Ulangi... (part 1)


Fikiran aku betul22 kusut. Berserabut dan dlm dilema. Tak pernah aku merasakan beban yg sebegini berat menghuni otak aku ni. Sejak keluarga membuat keputusan menjodohkan aku dgn pilihan mereka, aku jadi bingung. Aku sebenarnya belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang. Tambah22 pulak lelaki yg bakal jadi suami aku tu langsung tak aku kenali.

Alasan keluarga aku simple je. Takut aku jadi andartu. Fuh! Alasan tu dah tak boleh pakai lagi di zaman serba canggih ini. Setahu aku kat kota22 besar mcm Kuala Lumpur tu, tak pernah ada gadis yg dipaksa kahwin kerana bimbang mendapat title andartu.

Aku ada cuba membantah dgn macam22 alasan. Tapi emak dgn ayah lebih cekap. Aku kematian alasan bila mereka teringin sgt tengok aku naik pelamin sebelum tutup mata. Serba salah. Sayu pun ada aku dibuatnya. Ahh! Tapi aku belum bersedia, aku tak mahu 'pisang berbuah dua kali'.

Masih aku ingat lagi, ketika mengikat tali pertunangan dgn Hisyam empat tahun lalu. Emak dgn ayahlah orang yg paling gembira dan tidak sabar menanti hari perkahwinan kami. Mereka susah payah menguruskan segalanya. Aku tahap goyang kaki dan tunggu masa aje.

Namun aku tak menduga. Mendung kelabu berarak menyelubingi hubungan kami. Walaupun Hisyam dah sah jadi tunang aku, tapi dia dengan selambanya berkepit ke hulu ke hilir dengan rakan sepejabatnya. Sudahnya dia orang dapat 'kahwin free'. Aku malu dan betul22 kecewa. Dunia rasa mcm dah gelap! Aku rasa serik dan tak ingin lagi mengecap kebahagiaan sementara macam gitu. Biarlah itu semua jadi kenangan pahit dan mimpi ngeri yg pernah singgah dlm memori hidup aku.

Tak cukup dengan kekecewaan yg Hisyam ciptakan, aku pula yg dituduh perempuan jalang oleh ibu bapanya. Kerana alasan 'jalang' itulah Hisyam sanggup cari perempuan lain. Gila! Dia orang memang gila tuduh aku macam gitu. Selama ini kesetiaan aku terhadap Hisyam tak pernah berbelah bagi. Ah! Bila fikirkan itu semua aku rasa macam nak gila. Dikenang tak guna, dikesal apatah lagi.

Tinnn! Tinnn! Tinnn!

Aku tersentak. Lamunan serta-merta termati. Lampu isyarat sudah bertukar hijau. Aku mengangkat tangan tanda maaf kepada pemandu di belakang. Dalam hati aku menyumpah jugak. Pemandu tak sabar, entah apa dikejarnya. Begitulah lumrah hidup di kota besar ini. Semua orang berebut-rebut. Semua orang nak cepat. Konsep siapa cepat dia dapat memang sesuai dengan kehipudan di kota besar lagi mencabar ini.
Sebaik meletakkan kereta di perkarangan pejabat, aku melangkah masuk untuk memulakan tugas. Macam biasa, pepagi macam gini aku cuma minum teh dan makan apa yg patut untuk alas perut sementara menanti waktu rehat jam 1.00 tgh hari nanti. Sambil itu sempat jugak sembang22 dgn rakan sepejabatku Rozi. Itulah kebiasaan kami setiap hari.

"Eh, aku dengar kau nak kahwin. Betul ke?" soal Rozi sambil meneguk teh O panasnya.
"Kahwin? Amenda kau merepek pagi22 buta ni?" balasku sambil membeliakkan mata.

"Ye la tu... nak berahsia konon. Tak sesuai tau... satu ofis dah heboh pun kau masih nak buat senyap je dengan aku," sedap betul Rozi mengenakan aku pagi22 macam gini. Buat hilang mood nak buat kerja aje.

"Ha'ah.. kau dengar la gosip tak berasas tu. Kau tak tau kat ofis kita ni banyak 'mulut tempayan!' Ada22 aje cerita yg panas. Yang lagi bestnya, bukan pompuan yg bawak mulut, tapi lelaki!.. tak faham aku!....
........bersambung

7 comments:

ape2 jer said...

ko buat ni black?? cayalah..boleh la wat buku nanti hehehe

cik panadol said...

copek sambung cito ni....

Anis Zahorin said...

sambungla..

Zaheeyah said...

buat cerpen plak..
nway.. best cerita ni..

Black: said...

miss~budak baru belajor le..

Black: said...

yg lagi 3 org tu~tungguuuu....!!!

ctpayong said...

ajal maut jodoh pertemuan hukuman Allah iaitu telah pun diwartakan di Loth Mahfuz.

wallahu'alam

Sudoku