Hingga saat ini Ina masih berfikir. Tiga minggu lalu, hubungan Ina ngan Alias berakhir! Hubungan yg baru terjalin empat bulan itu tak sampai ke mana pun! Ketika kedua22nya baru aje nak menikmati rasa bercinta!
Memang kengkawan Ina kebanyakkannya bertaruh bahawa hubungannya dengan Alias tak akan bertahan lama - sama cam dengan yg sudah22. Tak keterlaluan kalau kengkawan Ina busy body setiap kali dia menjalin hubungan.
"Abis tu, setiap kali bercinta Ina tak pernah bertahan lama. Paling lama pun takat setahun," ujar Liza, salah seorang rakan baik Ina. Menurut kengkawan, Ina sebenarnya seorang yg cerdas, menyenangkan tapi sensitif. Tapi yg heran bila dia menjalin hubungan dengan lelaki, Ina berubah. Dia kerap bersikap posesif dan cerewet. "Mungkin sebab dia rasa dia pandai kot!" tambah salah seorang lagi membernya.
Memang agak ramai gak perempuan yg mengalami nasib cam Ina ni - tak berhasil bila menjalin percintaan. Kalau nak ditilik22, tentu puncanya bukan kecik. Masalah hubungan lelaki dan perempuan itu berlandaskan kepada banyak faktor, bukan?
Pendapat pakar perhubungan, Dennis W. Nedder, dalam menjalin hubungan, lelaki dan wanita memiliki sudut pandangan yg berbeza dalam beberapa hal. Bagi kaum Hawa, kata Nedder, yg hubungan itu seringkali bermakna lebih dari sekadar cinta tapi juga rasa selamat, masa depan dan sokongan.
Bagi kebanyakkan lelaki pula, hubungan yg terjalin kerapkali bererti tanggungjawab, kurangnya kebebasan, hingga penyebab tekanan! Tak heran la jika perbezaan itu sering jadi penghalang hubungan lelaki dan perempuan.
Bahkan, menurut Nedder, masih ada beberapa alasan lain yg menjadi pendorong lelaki meninggalkan perempuan. Menangani hal ini, ada baiknya jika perempuan mengetahui alasan22 tersebut untuk memperbaiki hubungan dan ia bertambah baik:
- Lelaki tak suka diajar! Biasanya perempuan akan jadi guru bila lelaki nampak lemah, sama ada dalam pekerjaan atau cara berfikir. Menurut Nedder, sikap mengajar itu tak salah kerana sesekali lelaki harus diberitahu. Namun, jangan sampai sikap tersebut menguasai hubungan. Pasalnya, ramai lelaki sangat mengagumi pasangannya yg punyai personaliti, kuat dan berdikari.
- Lelaki tak suka diperkecil22kan! Berapa kali korang mengungkapkan kepada teman lelaki bahawa dia kurang komunikasi, tidak sensitif, tidak prihatin, kurang menyokong, kurang itu dan ini? Menurut Nedder, sebenarnya lelaki sangat memperhatikan pasangannya. Namun, begitu mendengar prasangka yg disampaikan pasangannya, maka lelaki itu umumnya merasa diremehkan.
- Manipulasi membuat lelaki bosan. Tidak kurang apa yg diinginkan oleh perempuan, mereka anggap sebagai sesuatu yg bersifat manipulasi. Padahal seperti pengakuan kebanyakan lelaki, mereka juga ada urusan sebagaimana perempuan. Pekerjaan atau karier misalnya. Sehingga ketika mendengar begitu banyaknya desakan daripada pasangan akan membuat mereka stress. Akibatnya? Apalagi kalau bukan putus saja!
- Jangan cuba mengubahnya. Bila hubungan terjalin maka perempuan akan mengubah kebiasaan lelaki yg mungkin dianggapnya buruk.enurut Nedder, mengubah kebiasaan lelaki, apalagi yg buruk, tentu merupakan hal yg positif. namun, cara itu harus dilakukan dengan perlahan22. Lagi pula, jika lelaki mencintai pasangannya, maka dia akan menyedari sendiri kebiasaan buruknya dan berusaha berubah.
6 comments:
like :D
Nur-Za Marlyana~tq you
no comment.... (^_^)
ooppss....sensitifnya!
sebab dia ade pompan lain selain dari dia meninggalkan dunia.
nak hambek kau...jawapan lada padi. marah ni...marah!
sbb bkn jodoh dia la tu psl dia tinggalkan keh3
Post a Comment