Apo Kono Eh Jang.!!

Friday, October 22, 2010

Bulan di Puncak Cemara


Rozita Che Wan hampir melanggar seorang pemuda. Ketika mengangakat muka, sebuah senyuman terukir di bibir mungilnya. Melihat wajah pemuda itu, Ozi teringat pada bulan yang mengambang.
"Hai..." tegur pemuda itu.
"Hai juga.. nampaknya terlalu banyak kebetulan yang berlaku," jawab Rozita Che Wan.
"Jangan menyalahkan takdir. Sudah dua jam saya menunggu di sini,"
Kening Rozita Che Wan terangkat, "kenapa?"
"Menunggu bulan mengambang..." Rozita Che Wan tertawa kecil.

Kehidupan mendambakan selingan. Agar perjalanan tidak membosankan. Bayangan silam masih menerpa, apa salahnya sedikit hiburan diselitkan untuk melupakan sementara luka di hati. Pemuda itu tidak kurang menariknya. Walaupun berpakaian agak selekeh, namun sesuai dengan bidang pekerjaan. Tidak ada salahnya. Sekadar menyulam tawa di tengah tangisan yang masih membara.
"Sejak bila pungguk bertukar rupa?"
"Pungguk tak pernah berubah. Masih seperti dulu. Hanya bulan kadang22 menghilang dibalik jerebu," Rozita Che Wan tertawa lagi.

"Saya Raz," ujar pemuda itu.
"Raz? Hanya Raz?"
"Razman. Sebaiknya hanya Raz. Bila ingat Razman, orang akan sebut Man. Sedangkan Man terlalu ramai di negara kita. Ada Man Kidal.. ada Pak Man Telo. Belum lagi Man Belon. Nanti cik bulan keliru.."
Kegusaran terbang lalu menghilang di balik awan. Biar pun buat sementara, namun ia menumbuhkan kecerian di hati. Rozita Che Wan tidak dapat mengingati bilakah kali terakhir dia tertawa. Begitu lepas... bebas!

"Oh! terlupa... saya Rozita Che Wan. Lebih senang dipanggil Ozi."

Sebuah perkenalan yang tidak pernah dirancang. Rozita Che Wan membiarkan insan sejenis Azran masuk ke dalam kamus kehidupannya. Setelah makhluk ciptaan Tuhan itu menghancurkan jiwanya, kehadiran Razman bagai sengaja menyulut api.

"Cantik.. secantik orangnya."

Gombal, desis Rozita Che Wan di dalam hati. Di benua mana pun manusia bernama lelaki dilahirkan, perangai mereka tetap sama. Cuba membeli hati dengan pujian seusia Tembok Cina. Apakah mereka tidak mempunyai pendekatan baru? Atau sememangnya fikiran lelaki sedangkal lopak di tepi jalan.
"Terima kasih, saya memang tahu saya cantik," balas Rozita Che Wan mengatur langkah beredar dari situ.
"Cik Ozi!"
Rozita Che Wan berpaling. Keningnya terangkat. Pastinya Razman mendambakan perkenalan yang lebih bermakna. Nama pun lelaki. Kehangatan mereka dalam memburu para gadis berwajah cantik tidak pernah pudar. Razman sama seperti lelaki lain. Sama seperti Azran... Secercah kepiluan menusuk dada. Nama itu umpama sebilah belati tajam. Mengingati nama itu sama seperti menghiris luka yang belum berhenti berdarah. Belum lagi menyebutnya...

"Ya, ada apa lagi?" seru Rozita Che Wan dengan senyuman dikulum.
Rozita Che Wan menunggu. Menanti sebuah pelawaan. Barangkali makan malam atau menonton wayang. Mungkin juga menyaksikan sebuah konsert atau menonton teater sekiranya Razman berjiwa seni.
"Baik22 jalan. Jangan asyik tengok bulan, zaman sekarang bulan tidak lagi jatuh ke riba!"

Razman tersenyum, mengangkat tangan lalu berpaling dan beredar. Meninggalkan Rozita Che Wan terpaku memarahi dirinya sendiri. Perasaan malu menyelinap di hati. Firasatnya ternayata lari dari kenyataan. Razman bertindak agak keterlaluan. Kenapa lelaki itu tidak melakukan apa yang dilakukan oleh kebanyakan lelaki lain.... "Kecewakah aku?"

Rozita Che Wan tersenyum. Apakah dia yang terlalu berharap? Apakah kritikannya terhadap lelaki sebagai topeng untuk menutup kata hatinya yang menyinpan sebuah hasrat? Menunggu sebuah pertemuan ketiga yang lebih akrab. Status Razman masih kabur. Namun kehadiran Razman walaupun seketika mampu menumbuhkan keceriaan setelah sekian lama hatinya ditutupi debu kehancuran.......

bersambung.....

7 comments:

ed shahir said...

wow... tak sabar nk tunggu sambungan :)

Black: said...

ed shahir~ sok lusa je

ape2 jer said...

ceh watak pompuan tu x bley blah wakaka :p

Black: said...

Miss~ ko tunggu sambungan dia.. ahak3x

MyraLove =) said...

mau tau..hehe..best2.suka bahasanya

Mario said...

sedap le...

#HellooCantik said...

rozita che wan..aku peminat dye..wawawa..

Sudoku