Apo Kono Eh Jang.!!

Thursday, October 28, 2010

Bulan di Puncak Cemara (part 2)

Barangkali Razman boleh diumpamakan seorang badut di tengah rimbunan manusia. Mungkin juga Razman boleh dijadikan pelarian. Sehingga luka sembuh sepenuhnya, mungkin Razman boleh dijadikan sandaran. Apakah dia sedang mencari seseorang untuk menjadi lapang sasar, tempat melepaskan segala sakit hati.

Blackie melihat Rozita Che Wan sedang termenung ketika langkah kaki membawanya menemui gadis yang telah banyak berubah kebelakangan ini. Perubahan yang disenangi ramai orang. Blackie mendapat pujian dari Tan Sri dan Puan Sri. Blackie membantah, mengatakan pujian sepatutnya diberikan kepada Rozita Che Wan. Dia tidak harus mendapat pujian kerana Rozita Che Wan yang mengubati dirinya sendiri.

"Hai... sedang memikirkan siapa?"
Kelihatan Rozita Che Wan tersentak. Membenarkan anggapan Blackie sebenarnya dia sedang melamun.
"Err.... Black. Kenapa terhendap-hendap macam pencuri."
"Amboi! manisnya bahasa."
"Kau buat aku terperanjat," balas Rozita Che Wan, menarik muka masam. Merajuk kononnya.
"macamana tak terperanjat. Berangan jauh sangat! Apa yang ada dalam kepala kau tu?"

Rozita Che Wan tersenyum. Wajah kelatnya hilang serta-merta. Lagipun bukannya ada kemarahan tumbuh di hati, sekadar rajuk menyerikan persahabatan.

"Bulan....,"
"Bulan?" Kening Blackie terangakat. Soal bulan sudah tidak lagi singgah di ingatannya. Lagi pun insiden itu sudah beberapa minggu berselang. Blackie tidak pernah menyangka soal bulan akan muncul lagi.

"Bulan apa?" tanya Blackie lagi. "Bulan Ramadhan?"
"Ha.. ha... tak kelakar!"
"Kalau nak beritahu, cakaplah dengan jelas. Kalau tidak, jangan cakap langsung."

Blackie mencebik. Tiba22 bayangan sebuah wajah muncul di ingatan. Insiden beberapa minggu nan lalu kembali berputar. Apakah pemuda itu hadir dalam lamunan Rozita Che Wan sebentar tadi?
"Kau sudah ingat?" tanya Rozita Che Wan.
Blackie kurang pasti. Apakah memang benar Rozita Che Wan sudah melupakan kisah silam. Apakah sebuah hati yang dulunya tidak mampu dikikis dari diduduki oleh seorang insan bernama Azran, kini sudah tidak berpenghuni lagi? Benarkah Rozita Che Wan sudah menguburkan cinta silamnya yang penuh luka dan keaiban? Terlalu banyak pertanyaan tumbuh segar di hati.

"Kami kebetulan bertemu lagi. Dia lelaki yang manis... pandai berjenaka," luah Rozita Che Wan sambil merenung jauh ke satu arah. Seakan di sana kelihatan si manis yang sedang dibicarakan.

"Kau serius, Ozi?" soal Blackie.
Rozita Che Wan mendelik. Kurang memahami arah pertanyaan temannya itu. Apakah sebuah perkenalan memerlukan keseriusan?
"Kau fikir aku senang jatuh cinta?"
"Kau pernah membuktikannya sekali."

Wajah Rozita Che Wan berubah sama sekali. Matanya nanar memandang Blackie. Rozita Che Wan sedang memancarkan kemarahan, fikir Blackie. Biarkan. Memang disengajakan. Ternyata Rozita Che Wan sigap bereaksi, menandakan kisah silam masih segar di ingatan. Blackie agak kecewa. Nama Azran masih belum mampu diusir dari bertahta di hati Rozita Che Wan.

"Kau tak sepatutnya mengungkit kisah lalu," getus Rozita Che Wan dengan sinis.

"Maafkan aku, Ozi. Aku ingin mempastikan kau tak mengulangi kesilapan untuk kali kedua. Kau terlalu berharga, Ozi. Terlalu bernilai untuk dihancurkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab. Aku pernah kehilangan kau sekali dan aku tak mahu ia berulang kembali. Mungkin kau mampu bangkit dari kekecewaan pertama, tapi aku tak yakin kau mampu untuk berdiri lagi setelah kisah lalu kau kembali berulang. Aku tak pernah mengharap apa22. Aku hanya orang luar yang mengenali kau atas tali persahabatan, tapi aku sentiasa mengharapkan kau bahagia."

Rozita Che Wan menekur. Membiarkan kata22 Blackie larut dalam pemikiran. Kemudian sebuah senyuman kecil terbersit di bibir. Blackie tidak faham, fikirnya. Dia tidak pernah mendambakan cinta kedua setelah cinta pertama dikhianati. Blackie juga tidak tahu bahawa dia tidak lagi percaya pada cinta. Cinta sudah tidak wujud. Yang ada hanyalah kebohongan.

"Cinta hanya datang sekali dalam sebuah kehidupan, Black. Kalau kau mahu menemui cinta untuk kali kedua, bermakna kau harus mati dan hidup semula."

Sebuah kata22 yang menarik, detik hati Blackie. Dari mana Rozita Che Wan mengutip kata22 sebaik itu. Seketika Blackie kagum.

"Aku sudah tak percaya pada perkataan cinta. Kalau aku menjalinkan perhubungan dengan mana22 lelaki atas dasar apa sekali pun, cinta tidak akan wujud lagi. Bagi aku cinta sudah mati. Cintaku yang satu akan ku bawa sehingga ke akhir hayat. Kau silap, Black. Aku tak akan kecewa lagi kerana aku yakin aku tidak akan bercinta lagi. Terima kasih atas keperihatinan kau. Kau adalah sahabat yang tidak ada duanya," ujar Rozita Che Wan dengan tenang.

Ada kelegaan di hati Blackie. Namun muncul juga kebimbangan. Tanpa cinta, tidak mungkin seseorang mampu memperolehi kebahagian. Bagaimana pula perhubungan yang mereka jalin selama ini. Walaupun hanya berlandaskan tali persahabatan, namun jauh di hati Blackie ia mengharapkan lebih dari itu. Cuma tak terungkap dengan kata22 setelah Azran terlebih dahulu merampas Rozita Che Wan dari nya.

Bagi Blackie benih cinta itu telah lama disemai sejak di bangku persekolahan lagi. Cuma munkin kerana telah terbiasa berkawan, maka keakraban sebagai rakan lebih terserlah. Keintiman Rozita Che Wan meluahkan apa segala yang terpendam di hati juga membuatkan Blackie tidak sampai hati untuk menyatakan perasaan sebenar terhadap Rozita Che Wan. "Ah!.. akan sampai suatu detik nanti akan ku luahkan juga perasaan hati ku ini."......

(bersambung....)

9 comments:

NARDtheNERD said...

wow.
cinta dari rozita che wan.
:))

Jo Qusary said...

Aisey... ni citer cinta rupanya!
(*muka tersembam ke lantai*)

Miss ... said...

kah3 blackie tu ko ke??
elehhh rozita che wan cehhh
sile2 luahkan perasaan blackie baru la macho wkakaka

Black: said...

Nard~saje nak asah bakat tu...

Black: said...

Jo~nnt aku campur aduk kan le....

Black: said...

miss~klu ko nak berlakon sam bole gak.. nnt screen test ha.. ahak3x

Mohd Izuddin said...

hehe :) best!

En. Epai said...

luahkannnn perasaan mu itu black...kehhh

princeduyong said...

hehe...layann.... ;)

Sudoku