Apo Kono Eh Jang.!!

Thursday, September 23, 2010

15 Ubat Patah Hati

Oleh: Anne d’ Ferra


Jatuh cinta ? Emm.. berjuta rasanya. Ramai orang sukar mendefinasikan cinta ketika sedang terpanah asmara. Tapi bagaimana jika panah itu tercabut dan si dia pergi ke mana? Mudah saja menggambarkan perasaan seseorang ketika itu – marah, sedih, kecewa dan segalanya tak kena. Itulah kuasa cinta. Kehadirannya boleh buat orang mabuk kepayang, tapi ia pergi boleh buat orang cam nak bunuh diri aje!

Sapa-sapa pun memang cam nak gila menghadapi kenyataan putus cinta. Boleh kata hamper setiap orang pernah mengalaminya. Dan hakikatnya, kehidupan tak berhenti setakat tu aje – hidup mesti terus, beb! Bahkan kebahagiaan yang dirasa dah hilang masa putus cinta, akhirnya akan tiba gak di kemudian hari. Bukankah hidup ini seperti roda?

Berapa lama gundah-gulana akibat putus cinta akan terus menghantui? Ada yang mengalaminya beberapa bulan tapi ada yang merana bertahun-tahun. Bergantung kepada diri masing-masing.

15 tip hasil rangkuman pakar cinta ini mungkin dapat dijadikan panduan jika korang mengalami putus cinta. So, mudah-mudahan kepedihan putus cinta korang dapat dimaksimumkan:
  1. Berdamai dengan diri sendiri. Manjakan diri korang, misalnya mandi lama-lama atau aromaterapi. Jangan ragu bersikap egois, nangislah kalau nak nangis – jangan peduli amenda orang lain kata tentang korang.
  2. Hindari membuat keputusan-keputusan besar, kerana keadaan korang masih tak berapa normal dan penuh ngan emosi.
  3. Putus cinta lumrah kehidupan. Kalau kita kehilangan kunci, bermakna kita tak tau kat mana kunci itu tertinggal. Begitupun dengan putus cinta. That’s OK!
  4.  Nikmati patah hati. Duduk merenung dan nikmati perasaan kehilangan mempunyai efek menyembuhkan yang luar biasa.
  5. Bersembang ngan orang yang korang percayai. Daripada mereka korang akan dapatkan nasihat-nasihat yang boleh melegakan perasaan.
  6.  Joint kawan-kawan lama yang dapat membuat korang senyum, bahkan ketawa!
  7. Perbaiki penampilan dengan cuba macam-macam style baru. Dengan buat cam gitu korang akan lebih percaya pada diri sendiri.
  8. Jangan melarikan diri. Orang yang baru putus cinta ada yang nak cepat-cepat cari ganti untuk hilangkan kesunyian. Ini silap besar! Pelarian cam gini bukan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.
  9. Habiskan masa ngan binatang kesayangan atau ternakan – kucing, arnab, ayam, itik, lembu atau kambing.
  10. Menulis surat. Jika korang membenci bekas boyfriend / girlfriend, tulislah semua yang korang rasa tak puas hati tentang dia kat atas kertas, lepas tu bakar! Ini salah satu camna nak lepaskan emosi.
  11. Layan diri sendiri, misalnya, kalau korang suka bunga, belilah beberapa kuntum dan letakkan kat mana yang korang suka. Dalam bilik ke, atas meja ke… ganti bunga tu beberapa hari kemudian dengan bunga lain.
  12. Makan berpada-pada. Jangan menjadi emotional eater! Berat badan korang akan naik cepat nanti! Tapi jangan sampai tak lalu makan pulak. Yang lepas biarlah melepas, makan tetap makan beb.
  13. Berolah-raga. Selain buat tubuh segar, sihat dan meningkatkan stamina, banyak bersenam juga terbukti boleh memperbaiki mood.
  14. Tekuni hobi. Ini masa paling sesuai untuk korang menumpukan pada hobi yang mungkin dilupakan ketika bersam si dia dulu.
  15. Jangan serik dengan cinta. Cinta bukan datang hanya sekali dalam hidup korang. Percayalah akan ada cinta yang baru lepas ini.
Jadi pada korang yang kemurungan kerana putus cinta, aku harap dengan tip ni dapat meleraikan kekusutan korang. Jangan korang tutup pintu untuk cinta datang bertandang lagi… Sesungguhnya kehidupan kita ini di warnai oleh cinta-cinta. Setidak-tidak nya bukalah hati korang untuk mencintai pada Yang Maha Mencintai…

Wassalam…

16 comments:

ape2 jer said...

satu lagi tips bile patah hati nyanyi la lagu nih

http://www.youtube.com/watch?v=j6MnMCbr1-I&feature=related

hehehe

Black: said...

mana bole nyanyi.. nnt org ckp gile meroyan laaa...

RerameUngu said...

hohoho...kebanyakan cara tu mmg pernah digunakan..

hahehehe

Zaheeyah said...

sy try plak petua ni...

Afiq Din said...

mane dpt nie?

Black: said...

rama2ungu~aik sume perhtua tu ko dah cobe..???

Black: said...

Aku Mezashi~semcm je bunyi nye tu..

Black: said...

Afiq Din~ celok majalah aie..

Mama Kembar Tiga said...

mama dulu dgr lagu 'I Will Survive' nyanyian Gloria Gaynor kasi up smangat hehe... buat apa frust menonggeng nonggeng ingat kat org yg dah tak sayang kat kita, tul tak?

Admin said...

satu lagi sentiasalah berfikiran positif...setiap yg berlaku ada hikmahnya

Mario said...

bagus betul abang black ni...nak kenal bole? ahak ahak

Black: said...

mama kembar~saja sesekali layan prasaan... amik feel..!! ahak3x

Black: said...

admin~yo betol tu beb.. positive minded.. itu sume.. coobaaan !!!

Black: said...

mario~ PIRA MABOOK.. !!!!

Anonymous said...

nice tips! :D

Black: said...

misyamissyou~thanks..

Sudoku