Apo Kono Eh Jang.!!

Saturday, August 21, 2010

Solat atau sembahyang..


Ini ada satu masa'alah... aku baru benda ni dari mail kat tempat keje aku.. ada satu perkara yg buat aku konfius.. nak minta pendapat pada mereka-mereka yg bijaksana dlm hal agama ni... klu tak di beri line-clear boleh tergugat aqidah kita ni... lagi satu... perkara ini dah selalu pun kita guna dan pakai selama ini...

tup-tup dpt mail ni.. buat aku terkedu lidah dan buntu.. tol ke ni.. takkan benda22 se simple ini boleh merosak kan nilai22 kepercayaan kita..

Jom kita layan dulu petikan mail ni.....


Assalammualaikum,
Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "sembahyang" yang merujuk kepada "Solat", tetapi pada hakikatnya, istilah "sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik".

Profesor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "sembahyang", katanya; "sembahyang" diambil dari perkataan "sembah". dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa-dewa yang disembah oleh Agama Hindu dahulu kala. "sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang".

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan istilah "sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang".

Orang buddha pergi ke tokong, orang hindu pergi ke kuil dan orang kristian pergi ke gereja menggunakan istilah "sembahyang", terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka, tetapi umat Islam tidak sesuai sekiranya "solat" juga di istilahkan sebagai "sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang".

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun ! pergi solat subuh". Solat lebih tepat istilahnya.

Mungkin sebahagian daripada kita akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting, tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.


SEBARKAN... semoga Allah merahmati usaha kita. Amin !


Mohd Effendy b. Ghazali

Amacam.. konfius tak.. selama ini mmg kita guna perkataan "sembahyang" tu.. dah jadi sinonim dah pun.. asal masuk waktu je mesti kita kata nak gi sembahyang bukan nya  nak gi solat... dan kat kebanyakan masjid-masjid pun ada tertulis " SEMBAHYANG LAH KAMU SEBELUM KAMU DI SEMBAHYANGKAN"... 

Ada sapa-sapa cikgu agama ke.. ustaz ustazah ke... imam ke.. kadi ke.. yg boleh selesaikan masalah ni.. klu tak pun minta Dato Dr Fadilah Kamsah dtg kat blog aku ni ceritakan yg sebenor nya...

Minta-minta lah semoga kita sume tak tersesat.... Amin !

13 comments:

YuSeNzE - KniGhT said...

Ini cuma pertikaian istilah. Yang penting pengabdian kita. Niat kita untuk menyembah hanya padaNya yang esa.

hani said...

kna mrujuk pada yang arif...tapi apa2 pun niat kita...pada siapa kita bersujut...

Gen Fujita said...

Ni cuma pertikaian istilah. Solat merupakan istilah Arab. kat negara Arab sana orang Arab bukan Islam pun guna istilah solat untuk merujuk kepada ibadat berbentuk 'prayer'.

Hasrol Nizam said...

@gen, yeke..baru tau ni..

tp niat is the most important kan. :D

Gen Fujita said...

Ya betul, niat dan cara.

Miss ... said...

tp kalau boleh jgn sebut sembahyang lagi guna la solat :)

Black: said...

aku pikir cam ko gak yuz...

Black: said...

tu la bonda.. minta sapa22 yg tau komen kt cni ke..

Black: said...

Gen Fujita~ klu kita tanya apa erti solat pun ia akan merujuk pada pengertian sembahyang gak kan...

Black: said...

tol tu hasrol.. niat mesti mau lurus.. jgn kona-kona.. ahak3x

Black: said...

cam gitu ke cik yol..

diraja22 said...

niat n perlaksanaan yg paling..

Shafawi Hamzah said...

Niat itu penting..

Sudoku