Apo Kono Eh Jang.!!

Thursday, October 28, 2010

Bulan di Puncak Cemara (part 2)

Barangkali Razman boleh diumpamakan seorang badut di tengah rimbunan manusia. Mungkin juga Razman boleh dijadikan pelarian. Sehingga luka sembuh sepenuhnya, mungkin Razman boleh dijadikan sandaran. Apakah dia sedang mencari seseorang untuk menjadi lapang sasar, tempat melepaskan segala sakit hati.

Friday, October 22, 2010

Bulan di Puncak Cemara


Rozita Che Wan hampir melanggar seorang pemuda. Ketika mengangakat muka, sebuah senyuman terukir di bibir mungilnya. Melihat wajah pemuda itu, Ozi teringat pada bulan yang mengambang.
"Hai..." tegur pemuda itu.
"Hai juga.. nampaknya terlalu banyak kebetulan yang berlaku," jawab Rozita Che Wan.
"Jangan menyalahkan takdir. Sudah dua jam saya menunggu di sini,"
Kening Rozita Che Wan terangkat, "kenapa?"
"Menunggu bulan mengambang..." Rozita Che Wan tertawa kecil.

Wednesday, October 20, 2010























Budak budak bermain kotak
Bermain kotak di atas bukit
Sapa nak tau dak Hassan botak
Sudah lah botak perut nya buncit..

Saturday, October 16, 2010

Layan Typewriter je ni...

Emm.. dah lama gak tak layan tag22 ni.. rasa mcm dah dekat separuh umur dah tak dpt tag ni.. aku ingat lagi masa mula22 layan blog ni.. rajin gak le dpt.. pastu tu mesti kena soal punyer.. tanye itu la.. ini laa.. abis dlm selimut aku pun dia nak tau.. 

Thursday, October 14, 2010

Jom Berangan-angan..

Aku rasa semua org pernah berangan-angan... tak kira usia, bebudak ke remaja ke.. wa'ima org tua pun mesti pernah berangan-angan... Apa pekdah nya berangan ni agak nye..

Mula22 jom kita mendefinasikan dulu perkataan angan-angan ini... Menurut kamus universiti black keluaran aku... Perkataan angan-angan itu bermaksud "korang bayangkan sesuatu benda yg mungkin korang tak boleh dpt pada masa tu... dan mungkin seumur hidup pun korang memang tak kan dpt benda tu.." Sebab itu korang berangan..

Monday, October 11, 2010

Trip Memancing Hujung Minggu Lepas..

aku rasa damai dan tenang
Dah lama aku tak pegi trip memancing... Hujung minggu lepas aku and the geng telah pegi trip memancing ke Mersing.. dah setahun lama nya aku tak ke tgh laut.. bila dah dpt pegi tu.. perghh !!! mak mertua berenang depan bot pun tak perasan punye.. ahak3x. 

Sunday, October 10, 2010

Tuesday, October 5, 2010


Kata Hang Tuah
"Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia"
Kata Anak Merdeka :
"Merdekakanlah Diri Kita Dari Dasar Yang Salah Belaka
Kita Bina Negara Maju Aman Dan Sentosa
Di mana bumi di pijak
Di situ langgit di junjung
Di mana budi yang bijak
Di situ di ungkit dan di sanjung.
Hidup Adat
Hidup Istiadat
Hidup Syariat
Hidup Melayu
Hidup Bani Adam
Hiduplah Syariat Muhammad s.a.w.
Demi MengEsakan Allah swt.

Monday, October 4, 2010

Pantun Saman

Den kono saman...
Entah bilo den tak prasan..
Bilo nak idup roadtax...
Budak pos opis tu yg pesan...

Dio suruh prekso kt JPJ..
Kato dio keto den dh blacklist...
Klu den buat sonyap..
Lagi nam bulan tak boleh renew...

Den talipon pogawai atasan..
suruh prekso den punyo saman...
Dio kato ada speed trap...
Ekau seattle dokek polis...

Den hello plak dokek polis..
Tanyo brapo den punyo saman..
Kojap kami check dulu..
Satu yo saman ekau.. itu pun duo tahun lopeh.!!

Den buat muko kesian...
Ingat nak mintak diskaun...
Dio kato "Sori lah encik..."
Kaunter diskaun dah lamo tak bukak..!!

Hati den paneh..
Baru satu saman dah kono black list..
Apo buleh buek...
Kalu tak bayar den kono gari...


Den Kono saman..
Entah bilo den tak prasan..
Sapo-sapo buleh tulong...
Timo kasih den dulukan...

(hampeh tol klu kena saman ekor ni....)

Saturday, October 2, 2010

Harga Rokok Naik Esok


PETALING JAYA: Mulai Isnin ini, harga rokok dijangka meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 20 batang rokok. Menurut laporan media berbahasa Cina, semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 sekarang, akan berharga RM10 satu pek.

Sudoku