Barang ini besar juga,
Mempunyai kepala pelbagai warna,
Satu sahaja ada kakinya,
Bila hujan ianya berguna...
Barang ini diperbuat daripada kaca,
Bila pecah amat berbahaya,
Ada tenaga di dalamnya,
Bila diperlukan, mengeluarkan cahaya....
Pelbagai saiz dapat dibeli,
Diguna banyak barang letrik masa kini,
Bahan kimia di dalamnya sudahlah pasti,
kalau dah tak berguna, boleh diganti...
Ianya sedap, rangup dan asli,
bermacam-macam warna menjadi penyeri,
Namun kandungan garamnya melebihi,
Mengundang penyakit seperti obesiti....
Menjadi pengankutan sudah lah pasti,
Menjadi kegilaan remaja masa kini,
Tiada lesen tetap mereka naiki,
Ditahan polis semua cemas cabut lari....
Diberi ibu bapa setiap hari,
Digunakan untuk keperluan diri,
Namun bila berbelanja sampai lupa diri,
Ingin makan tapi tak cukup untuk membeli....
abissss...!!!
6 comments:
Jawapan 1st payung kn?
2nd mcm mentol lampu jep..
3rd cm sama..xtahu2..
Blackrose's latest entry: Khasiat Buah Tembikai
1) payung
2) mentol
3) bateri
4) tak tau
5) Motor
6) Duit kot
ok abisss!!
hihihihi
blackrosehunter~ 2 je dpt jawap..!! aparaaa.!!!
Malisa~ no. 4 tu jajan laaa...
cett main teka teki plak
aku jawab payung jo
Nurul~ suko ati ekau laa.. kah kah kah
Post a Comment