Apo Kono Eh Jang.!!

Sunday, October 23, 2011

Durian Belanda, Jambu Batu


Sejarah 1: Durian Belanda
Durian Belanda berasal dari salah satu mamat yg balik dari eropah masa dia nak attend annual meeting kompeni dia di Perak pada masa dahulu. Sebab kompeni dia pun bisnes buah durian, maka dia telah membawa balik sejenis buah yg sgt mirip dgn durian yg dia jumpa di eropah, tempat branch kompeni dia bekerja. Bila big bos dia tengok je.. aik! durian apa ni.. lembik je.. duri pun tak berapa tajam. Big bos pun tanye mamat ni. "what type of durian is this mamat?, how do you eat this thing?". si mamat pun jawab "At Europe people call this Adnaleb Nairud". " tapi kalu bos nak panggil durian belanda pun takpe.. sbb asal dari sana. Simpan dlm peti-ais, makan sejuk sedap ni bos". Itu le asal usul nye.

Sejarah 2: Jambu Batu
Zaman era 80an dulu mmg tgh hangat dgn muzik rock ni. Zaman tu le jambu batu ini dijumpai... sebelum ni cuma ada jambu air, jambu botol dan jambu bol je. Si Sahak dgn kengkawan nye telah pergi ke pinggir hutan utk jamming. nak jamming kt rumah nnt kena baling dgn periuk belanga oleh org kampung. Diorg pun jam kt bawah satu pokok ni... bila dah penat jamming, tekak pun haus.. perut pun kebulur.. Sorang pun tak ingat nak bawak makan. Si sahak ni pun mendongak ke langit... Tetiba dia perasan pokok tu banyak buah hijau kuning, bulat22.. dia pun petik dan dgn tak menggunakan akal fikiran terus je dia baham buah tu.. " Mak Oi! jambu le buah ni.... sedap!" jerit Sahak dlm nada E minor... " sebab IQ diorg ni sama je level nye.. yg lain pun bila tengok si Sahak ni balun.. diorg pun tibai sama... " Aha... la Sahak, jambu betul buah ni... Yeah!!!". dan second lead guitar dia pun mula stat tanye.."Sahak, apa nama buah ni...???". Sahak dgn bangga nye jawab "entah le.. tapi sbb kita yg jumpa buah ni.. apa kata kita nama kan buah ni ROCK !!!!" " jambu tak geng??". dan nama itu telah diguna pakai sehingga lah jabatan hal-ehwal pengguna  menukar nye kepada nama melayu nye.. iaitu Jambu Batu. Di pahamkan perkataan jambu tu sebenor nye takde kena mengena pun.. si Sahak sesaja je.. maklum le rock.. sikit22 jambu.. sikit22 jambu...

Monday, October 3, 2011

Merenung ke awan..


Kekadang pabila mendongak ke langit...
terlihat kemarahan Nya..
menyambar halilintar membelah bumi..
guruh sahut-sahutan..
hujan yang kekadang membawa rahmat dan kekadang membersihkan dosa..
penghuni bumi yang kotor..

Kekadang pabila mendongak ke langit...
terlihat keindahan ciptaan Nya..
carik-carik awan diwarnai mentari petang...
mendamaikan hati menyentuh perasaan...
menyedarkan betapa kerdil nya aku..
yang hanya mampu memuji akan kebesaran Mu..

Tidak tercapai tangan menyentuh ukiran Mu..
untuk ku jiwai cinta ku kepada Mu..
Tidak terucap kata-kata dari lidah ku yang kelu..
untuk kusampaikan perasaan tulus ku ini..
sesungguhnya Engkau lah yang Maha segalanya..
Penyembuh luka membawa berita bahgia..

arghh!!!
aku dah takde idea.. 
susah plak nak abiskan puisi ni..
korang je la yg sambung kalau minat...

the end..

Saturday, May 28, 2011

Sudah Takdirnya Begitu..

Hidup ibarat di dalam sangkar
Mata terlepas batin ku terseksa
Rindu membara dan kian membakar
Di pinggir hati yg sengsara..

Masih kah dapat aku hiaskan
Cinta mu itu di taman hati ku
Kepada Tuhan ku terus berdoa
Agar kembali ketenangan...

Walaupun ku sedari hebatnya dugaan
Namun hatiku menaruh harapan
Seringkali ku terasa inginnya ku ulangi
Saat yg indah bersam diri mu..

Kasih yg bersarang di hati
Wangi bagai harum kasturi
Seandainya takdir mengizinkan relanya
Aku menyambung semula ikatan yg telah putus dulu

Bukan niat kita untuk berpisah
Tetapi keadaan yg memaksa
Lalu kita pun masih terus saling merindu
Kerana sudah takdir nya begitu..

( samudera.. )

Monday, April 4, 2011

Cinta sejagat...

Ihsan dari google search
Apa.. ingat Najmi raja lawak je pandai buat puisi pasal cinta..
aku pun ada bakat laa..
bukan nya susah sangat nak tulis tentang cinta ni...
subjek global ni beb..!!!
dari mula ingatan tumbuh dalam benak..
sampai luntur dimamah umur..
kita sentiasa di lalangi oleh cinta..

Bezanya cinta.. tulen atau palsu...
satu atau seribu.. nyata atau imaginasi...
namun cinta tetap meruntun jiwa..

maka beginilah cinta dari sudut pandang ku...

Friday, April 1, 2011

Maharaja Lawak 2011

Sangat lawak dari raja lawak.. memang patut dinamakan Maharaja Lawak.. hampir kesemua yg bertanding dalam Maharaja lawak ni amat kelakau dengan lawak masing22.. Pelawak22 dari musim pertama sampai yg terbaru ni musim ke 5 digabungkan dlm satu pertandingan lawak yg lebih berprestige lagi.. Untuk pelawak musim ke 5, walaupun baru graduate.. namun mereka tetap dpt catch-up otai22 lawak seperti Nabil, Sepah, Johan, Zizan dan yg lain22.. tabik sama ko Man, R2 dan Balas....

Johan dan Zizan plak.. slama ni korang jadi pengacara je kan.. takde sape yg menilai korang.. haa.. bila dh masuk Maharaj Lawak ni baru korang tau langit tu tinggi ke rendah.. teruk kena kutuk ngan Abg. Mamat Khalid malam tadi.. sampai berpelukan lah.. Ape22 hal pun ni baru minggu pertama.. perjalanan masih jauh lagi beb !! macam22 bole terjadi.. Kata orang.. minggu pertama ni just intro je.. panas badan le.. masuk minggu ke 2 dan seterusnye.. baru le change gear kasi power skit pecutan tu..

Saturday, March 26, 2011

Stay with me...


Girl there are things I need to say
You are the one who helps me do it all
Love that you gave in every way
Shine in my heart and cast my blues away

I think about
Every moment in time
When I'm not holding you
There is a sadness I find
And it keeps ringing throu

Stay with me and hold me close
Your love is what I need the most
I really want you by my side
So stay with me tonight

Close your eyes and try to see
All the things this night can be
I mean to give you everything
So stay with me tonight

Girl I just need to let you know
Just how much you truly mean to me
You you're a window to my soul
You let your light come into make me home

So many nights we leave behind
Please let me make this one
The drum of your life

Stay with me, stay with me tonight
All your love
Are to be with you tonight
Close your eyes and see
All the things ooh I will give to you
Tonight.....!!!!

Thursday, March 24, 2011

Selingkuh Kasih

Kasihmu
Dipersimpangan
Tanpa arah
Antara ketelusan
Dan Kekaburan

Dimanakah kejujuran
Dulu sering didendangkan
Sewaktu kasih mula berputik
Kini kelopak cinta layu sepi

Jauh sudah percayaku kasih
Kau simbahkan kebencian
Kau nodai kesetiaanku
Berkecai diperjalanan

Hancur sudah
Percaya diri
Kau makamkan sudah
Harga diri
Kerana kau
Berselingkuh kasih

Penyanyi: Adibah Noor
Lirik: A.Z Hamidi
Lagu: Mokhzani Ismail

Tuesday, March 22, 2011

Cara menggunakan Fire Extinguisher...

Beb !, korang tau tak macamana nak guna fire extinguisher yg ada kat opis-opis, pejabat-pejabat, factory-factory, stable-stable kuda korang..

Penah gi training ke padam api guna menatang ni... slalunya ahli-ahli bomba yg akan buat demo kat kilang ke, skolah ke, balai raya kampung bertam ulu ke,... tapi penah ke korang tau macamana nak guna????

Haa.. senang je, mai sini aku kasi satu formula ringkas utk menggunakan benda canggih ni.. canggih ke??? tapi masih relevan dimana jua kita berada.

Maka formula untuk guna fire extinguisher ni adalah macam ni. Ingat perkataan PASS untuk penggunaan nya seperti berikut:

P - Pull the safety pin
A - Aim the nozzle at base of fire
S - Squeeze the handle
S - Sweep the hose side to side

Cuma satu je aku nak ingatkan korang... fire extinguisher ni hanya berkesan untuk api yg kecil-kecil je saiz nya.. Kalau api dah sebesar rumah tu.. satu tongkang fire extinguisher pun tak cukup.. baik korang talipon bomba je jawap nya... kah kah kah..

Slamat mencuba la ye..!!!!

Saturday, March 19, 2011

Teka-teki budak skolah

Barang ini besar juga,
Mempunyai kepala pelbagai warna,
Satu sahaja ada kakinya,
Bila hujan ianya berguna...

Barang ini diperbuat daripada kaca,
Bila pecah amat berbahaya,
Ada tenaga di dalamnya,
Bila diperlukan, mengeluarkan cahaya....

Monday, March 14, 2011

Tsunami Kasih

 Engkau singgah seketika
Menyapu hati ku yang hiba
Ku teguk manis kasih mu
Merawat dahaga jiwa lesu

Dalam buaian syahdu rindu
Terlupa aku pada usia
Siang berpandangan malam terkenang
Seindah wajah bulan mengambang

Kekosongan terisi pantas pergi
Kasih sayang tidak pasti
Seperti tsunami yang melanda
Hancur semuanya dalam seketika

Berdayunglah aku di arus sepi
Menangisi air menjadi api
Manis gula menjadi cuka
Sejuk cinta menjadi bara.

lagu: Zam
lagu/gubahan: Mokhzani ismail

Sudoku