Apo Kono Eh Jang.!!

Monday, April 4, 2011

Cinta sejagat...

Ihsan dari google search
Apa.. ingat Najmi raja lawak je pandai buat puisi pasal cinta..
aku pun ada bakat laa..
bukan nya susah sangat nak tulis tentang cinta ni...
subjek global ni beb..!!!
dari mula ingatan tumbuh dalam benak..
sampai luntur dimamah umur..
kita sentiasa di lalangi oleh cinta..

Bezanya cinta.. tulen atau palsu...
satu atau seribu.. nyata atau imaginasi...
namun cinta tetap meruntun jiwa..

maka beginilah cinta dari sudut pandang ku...

Cinta pada Hawa.. anugerah Ilahi..
Cinta pada alam... tak rela ianya tenggelam..
Cinta pada haiwan.. sanggup dibuat kawan..
Cinta pada kerja... sakit pun kau pergi jua..
Cinta pada Ibu.. syurga dibawah mu..
Cinta pada bapa.. tak cinta kalau dia kawen dua..

Cinta pada isteri.. sama cinta dengan is-two dan is-one..
Cinta pada kawan.. time sakit engku tinggalkan..
Cinta pada jiran.. tegur sapa hidup perpaduan..
Cinta pada anak.. merotan tanda amaran

Cinta pada wang... sedara mara sanggup kau buang..
Cinta pada bangsa.. saling bantu elakkan sengketa..
Cinta pada dunia.. bagai tutup sebelah mata..
Cinta pada parti..pakat-pakat pegi le undi..
Cinta pada ketua... berdiri tegak dibelakangnya..

tapi..
Cinta pada agama.. membawa kepada cahaya..
Cinta pada Muhammad.. akan membawa shufa'at..
Cinta pada Tuhan.. cinta sejati tiada taruhan..

dan begitulah...

1 comment:

missdora said...

jiwangnyaa laaa.. :)

Sudoku