Sejarah 1: Durian Belanda
Durian Belanda berasal dari salah satu mamat yg balik dari eropah masa dia nak attend annual meeting kompeni dia di Perak pada masa dahulu. Sebab kompeni dia pun bisnes buah durian, maka dia telah membawa balik sejenis buah yg sgt mirip dgn durian yg dia jumpa di eropah, tempat branch kompeni dia bekerja. Bila big bos dia tengok je.. aik! durian apa ni.. lembik je.. duri pun tak berapa tajam. Big bos pun tanye mamat ni. "what type of durian is this mamat?, how do you eat this thing?". si mamat pun jawab "At Europe people call this Adnaleb Nairud". " tapi kalu bos nak panggil durian belanda pun takpe.. sbb asal dari sana. Simpan dlm peti-ais, makan sejuk sedap ni bos". Itu le asal usul nye.
Sejarah 2: Jambu Batu
Zaman era 80an dulu mmg tgh hangat dgn muzik rock ni. Zaman tu le jambu batu ini dijumpai... sebelum ni cuma ada jambu air, jambu botol dan jambu bol je. Si Sahak dgn kengkawan nye telah pergi ke pinggir hutan utk jamming. nak jamming kt rumah nnt kena baling dgn periuk belanga oleh org kampung. Diorg pun jam kt bawah satu pokok ni... bila dah penat jamming, tekak pun haus.. perut pun kebulur.. Sorang pun tak ingat nak bawak makan. Si sahak ni pun mendongak ke langit... Tetiba dia perasan pokok tu banyak buah hijau kuning, bulat22.. dia pun petik dan dgn tak menggunakan akal fikiran terus je dia baham buah tu.. " Mak Oi! jambu le buah ni.... sedap!" jerit Sahak dlm nada E minor... " sebab IQ diorg ni sama je level nye.. yg lain pun bila tengok si Sahak ni balun.. diorg pun tibai sama... " Aha... la Sahak, jambu betul buah ni... Yeah!!!". dan second lead guitar dia pun mula stat tanye.."Sahak, apa nama buah ni...???". Sahak dgn bangga nye jawab "entah le.. tapi sbb kita yg jumpa buah ni.. apa kata kita nama kan buah ni ROCK !!!!" " jambu tak geng??". dan nama itu telah diguna pakai sehingga lah jabatan hal-ehwal pengguna menukar nye kepada nama melayu nye.. iaitu Jambu Batu. Di pahamkan perkataan jambu tu sebenor nye takde kena mengena pun.. si Sahak sesaja je.. maklum le rock.. sikit22 jambu.. sikit22 jambu...
1 comment:
ouch..rindunya nak makan drian belanda ^^
"Ain Dzaya | Tips jadi total hensem kekal selamanya.".
Post a Comment