Hingga saat ini Ina masih berfikir. Tiga minggu lalu, hubungan Ina ngan Alias berakhir! Hubungan yg baru terjalin empat bulan itu tak sampai ke mana pun! Ketika kedua22nya baru aje nak menikmati rasa bercinta!
Memang kengkawan Ina kebanyakkannya bertaruh bahawa hubungannya dengan Alias tak akan bertahan lama - sama cam dengan yg sudah22. Tak keterlaluan kalau kengkawan Ina busy body setiap kali dia menjalin hubungan.
"Abis tu, setiap kali bercinta Ina tak pernah bertahan lama. Paling lama pun takat setahun," ujar Liza, salah seorang rakan baik Ina. Menurut kengkawan, Ina sebenarnya seorang yg cerdas, menyenangkan tapi sensitif. Tapi yg heran bila dia menjalin hubungan dengan lelaki, Ina berubah. Dia kerap bersikap posesif dan cerewet. "Mungkin sebab dia rasa dia pandai kot!" tambah salah seorang lagi membernya.
Memang agak ramai gak perempuan yg mengalami nasib cam Ina ni - tak berhasil bila menjalin percintaan. Kalau nak ditilik22, tentu puncanya bukan kecik. Masalah hubungan lelaki dan perempuan itu berlandaskan kepada banyak faktor, bukan?
